Breaking News

Contoh 1 Soalan Pemahaman - Petikan Prosa Moden





Soalan 2 (b):   Petikan Prosa Moden

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Jumari Jipan kemudian tunduk meneliti sesuatu yang hampir tertimbus di antara buyung-buyung lain yang bergolek. Dia mengamat-amati dan berhati-hati. Rinda sudah di hadapannya, menghidu-hidu sesuatu, menoleh kepada Deliah dan mengiau-ngiau. Jumari Jipan menyuruh Deliah berundur, mengisyaratkannya supaya diam, sementara dia mencapai sebatang ranting lalu cuba mencuit-cuit sesuatu benda.
            Sekarang ini mereka perlu berhati-hati kerana baik Rejimen Melayu mahupun Serdadu Jepun masing-masing menanam bom perangkap di tempat-tempat yang tidak diduga. Deliah cepat mengangkat kucingnya, memeluk erat Rinda yang resah ingin bebas. Jumari Jipan merasa-rasa benda yang ditemui itu penuh berhati-hati beberapa ketika, kemudian mengambilnya lebih berhati-hati. Dia membersihkannya, dengan ranting yang dipatahkan, kemudian mengeluarkan sapu tangan, menggosoknya.

(Dipetik daripada Di Sisi Rinda,Antologi Kerusi)

(i)
Mengapakah Jumari Jipan meneliti sesuatu dengan berhati-hati?

(2 markah)

(ii)
Pada pendapat anda,bagaimanakah suasana kehidupan penduduk pada zaman pendudukan Jepun?

(4 markah)



(iii)
Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai yang terdapat dalam prosa moden ini.

(3 markah)

No comments