Breaking News

Contoh Soalan Pemahaman - Petikan Drama





2 (b) – Petikan Drama-Tiang Cengal Dinding Sayung


Baca petikan dramadi bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sani terkedu. Suasana menjadi sepi seketika. PAK MAN memerhatikan SANI mengesat air matanya yang bergenang.
PAK MAN : Oh, ya! Kakak kamu tak balik lagi, Sani?
SANI : (Tenang) Kak Ngah, susah rasanya. Maklumlah tinggal jauh. London! Bukan macam dari sini ke Alor Setar, Pak Man. Kak Teh tidak balik mungkin sebab susah hendak tinggalkan kedainya. Maklumlah orang berniaga.
PAK MAN : Sani, waktu seperti ini, kita tidak boleh berikan alasan.  Apa cara sekalipun kita kena balik. Yang  malang itu, bapa kamu. Yang sedang menderita itu, emak kamu. Inilah masanya kamu hendak balas budi orang tua kamu.
SANI : Betul cakap Pak Man. Saya pun ingat macam tu, tetapi apabila fikir fasal pekerjaan abang dan kakak, saya rasa mereka terikat. Jadi serba salah dibuatnya.
PAK MAN : Sani, pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya? Makan dan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu, ada atau tidak emak kamu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. (Berhenti seketika untuk menyalakan rokoknya yang sudah padam) Emak, ketika dia sakit, demam, atau dalam keadaan apa sekalipun, akan terus bertugas, bertugas tanpa henti kerana kasihnya tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut emak kita untuk minta cuti, hendak minta dikecualikan daripada menjaga anak-anaknya. Inilah sifat mulia seorang ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga. Kalau emak sanggup berkorban, kenapa anak-anak tidak?
SANI  : (Tersentuh hati) Saya faham, Pak Man.

(Dipetik daripada drama “Tiang Cengal Dinding Sayung”
 oleh Suriani Mohd. Yusof, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Nyatakan dua contoh yang menunjukkan sifat mulia seorang 


ibu. 
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila keluarga ditimpa musibah? 
Berikan tiga alasan anda
[3 markah]

(iii)  Jelaskan satu persoalan dalam petikan  drama di atas dan satu persoalan  lain daripada  keseluruhan drama tersebut.
[4 markah]


No comments