2
(b) – Petikan Drama-Tiang Cengal Dinding Sayung
Baca
petikan dramadi bawah dengan teliti, kemudianjawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sani
terkedu. Suasana menjadi sepi seketika. PAK MAN
memerhatikan SANI mengesat air matanya yang bergenang.
PAK MAN |
: |
Oh, ya! Kakak kamu tak
balik lagi, Sani? |
SANI |
: |
(Tenang)
Kak
Ngah, susah rasanya. Maklumlah tinggal jauh. London! Bukan macam
dari sini ke
Alor Setar, Pak Man. Kak Teh tidak
balik mungkin sebab susah hendak tinggalkan
kedainya. Maklumlah orang berniaga. |
PAK MAN |
: |
Sani,
waktu seperti ini, kita tidak boleh berikan alasan. Apa cara
sekalipun
kita kena balik. Yang malang itu, bapa kamu. Yang sedang
menderita
itu, emak kamu. Inilah masanya kamu hendak balas budi orang tua kamu. |
SANI |
: |
Betul
cakap Pak Man. Saya pun ingat macam tu, tetapi apabila fikir fasal
pekerjaan abang dan kakak, saya rasa mereka terikat. Jadi serba salah
dibuatnya. |
PAK MAN |
: |
Sani,
pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak
membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya?
Pakaiannya? Makan dan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu,
ada atau tidak emak kamu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa
tidak. Tidak ada, Sani.
(Berhenti seketika untuk menyalakan rokoknya
yang sudah padam) Emak, ketika dia sakit, demam, atau dalam keadaan apa
sekalipun, akan terus bertugas, bertugas tanpa henti kerana kasihnya
tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut emak kita untuk minta cuti,
hendak minta dikecualikan daripada menjaga anak-anaknya. Inilah sifat
mulia seorang ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke
perdu juga. Kalau emak sanggup berkorban, kenapa anak-anak tidak? |
SANI |
: |
(Tersentuh hati) Saya
faham, Pak Man. |
(Dipetik
daripada drama “Tiang Cengal Dinding Sayung”
oleh
Suriani
Mohd. Yusof, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Tingkatan
5, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) |
Nyatakan dua contoh yang menunjukkan sifat mulia seorang
|
ibu. |
|
|
[2
markah] |
(ii) |
Pada
pendapat anda, wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila
keluarga ditimpa musibah? |
|
Berikan tiga
alasan anda |
|
|
|
[3
markah] |
(iii) |
Jelaskan satu persoalan
dalam petikan drama di atas dan satu
persoalan lain
daripada keseluruhan drama tersebut. |
|
|
[4
markah] |
No comments