Breaking News

Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM Kertas 2 - Rumusan.





Ciri-ciri Rumusan Yang Baik
  1. Isi rumusan dan jumlah perkataan menepati kehendak soalan.
  2. Dari segi binaan pemerengganan, pelajar perlu menulis dalam empat perenggan.
  3. INGAT! Dalam penulisan pemerengganan rumusan, tidak ada satu format khusus tentang bilangan pemerengganan kerana hal ini tidak menjejaskan markah pelajar. Namun, sewajarnya pelajar mampu mengemukakan rumusan dalam persembahan yang berkesan.
  4. Namun demikian, pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti cadangan berikut:
    Pendahuluan 
    - Isi Tersurat (F1) 
    - Isi Tersirat  (F2) 
    - Kesimpulan/ Penutup
Menganalisis Soalan
  1. Baca arahan dengan teliti untuk menentukan kehendak soalan dan panjang rumusan.
  2. Tentukan kata kunci (Fokus 1- Isi Tersurat dan Fokus 2- Isi Tersirat) dengan membuat garisan supaya rumusan berpusat kepada kehendak soalan sahaja.
Bahagian Pendahuluan
  1. Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.
  2. Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.Contoh:(a) Faktor : sebab, punca(b) Kesan : Implikasi, akibat(c) Langkah : Usaha, cara
  3. Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam bahagian pendahuluan.
  4. Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.
Menulis Isi-isi tersurat

Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama.
Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
  1. Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
  2. Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat 10 isi.
  3. Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya disarankan agar menulis maksimum enam isi tersurat.
  4. Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun membuat blok menggunakan pen berwarna.
  5. Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.
  6. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu, dan sebagainya.
  7. Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan bilangan patah perkataan yang ditulis.
  8. Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.
  9. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.
Menulis Isi-isi Tersirat

Petunjuknya ialah selepas perkataan dan dalam arahan soalan.
Contoh

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru  semakin kurang diminati.

Isi tersirat tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis – tafsirkan dan analisis isi tersurat)
  1. Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam soalan.
  2. Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam petikan yang diberi.
  3. Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk isi tersebut.
  4. Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya tiga isi tersirat.
  5. Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap.
  6. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya.
  7. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.
Penutup (Kesimpulan)
  1. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan.
  2. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu:
    a)     Ayat berbentuk cadangan 
    b)     Ayat berbenuk harapan
  3. Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat, atau implikasi kepada tema petikan.
  4. Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan menggunakan kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut.
Panduan Mengira Perkataan dalam Rumusan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan seperti berikut :
  • Tarikh       
  • Gelaran
  • Nama khas
  • Perkataan berulang (kata ganda)
  • Penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’
  • Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan
Beberapa Aspek Kelemahan Pelajar dalam Penulisan Rumusan
  1. Pelajar dikenal pasti menulis semula arahan atau kata kunci soalan tanpa menukarkannya dengan perkataan lain yang bermaksud sama(sinonim).
  2. Semasa menulis isi tersurat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan arahan atau kata kunci pertama di dalam petikan.
  3. Pelajar menulis isi tersurat berulang-ulang.
  4. Pelajar bukannya menulis fakta tetapi menjadikan contoh atupun huraian sebagai isi tersurat.
  5. Semasa menulis isi tersirat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan dengan arahan atau kata kunci kedua dalam petikan.
  6. Pelajar boleh mengenal pasti isi tersirat berdasarkan isi tersurat yang disenaraikan dengan syarat mematuhi arahan atau kata kunci kedua di dalam petikan.
  7. Pelajar tidak menulis kedua-dua bahagian yang dikehendaki dalam kesimpulan (ayat berbentuk cadangan dan ayat berbentuk harapan.
  8. Pelajar menulis kesimpulan dalam rumusan dengan membina dua ayat ataupun lebih ayat.
  9. Pelajar menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan.
  10. Menulis rumusan dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis, ayat tergantung, ayat tidak lengkap dan sebagainya.
  11. Menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan.

Sumber:


No comments